Situs Judi Online Bola , Live Casino , IDN Poker , IDN Live , Slot dan Tembak ikan Terbaik dan terpercaya

Love and Run (2019) 6.540

6.540
Trailer

Nonton Film Love and Run (2019) Streaming Movie Sub Indo

Nonton Film Love and Run Sub Indo – Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah mendapat jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri tayangan filem Love And Run bertempat di GSC 3 Damansara pada 22 Oktober 2019 yang lepas. Sama seperti mana filem-filem komedi romantik dari Thailand, kami yakin anda pasti tidak akan kecewa dan terhibur dengan elemen-elemen komedi yang dipaparkan di dalam karya kali ini yang sememangnya berjaya menggeletek hati kami untuk bergelak ketawa menyaksikan gelagat watak-watak yang wujud di dalam filem ini.

Filem Love And Run ini berkisarkan tentang seorang lelaki bersama Due yang sangat pantang melihat mana-mana lelaki dekat atau cuba menawan hati makcik saudaranya iaitu Lin. Jadi, penonton ditinggalkan dengan satu persoalan menarik tentang apa yang menyebabkan Due berkelakuan sedemikian. Maka kronologi cerita mula membawa penonton untuk melihat obsesi pelik Due ini yang sentiasa cuba untuk memastikan Lin tidak akan jatuh cinta atau berjaya di dalam mana-mana perhubungan dengan setiap lelaki yang ditemuinya.

Download Film Love and Run (2019) Streaming Movie Sub Indo

Nonton Film Love and Run Sub Indo – Kami melihat kekuatan utama filem Love And Run ini ialah pada elemen komedinya. Jika anda peminat filem komedi dari Thailand maka anda pasti akan dapat mengenali jenaka yang cuba dipaparkan dimana ianya bersifat komikal, nakal dan berani. Jadi, kebanyakkan adegan-adegan yang mengguna pakai elemen humor ini pada kami sememangnya berjaya membuatkan suasana filem ini begitu ceria dan anda pasti akan ternanti-nanti apakah yang akan berlaku pada babak-babak seterusnya disebabkan hiburan yang cukup menjadi ini.

Filem Love And Run juga pada awalnya bermula baik dimana selain daripada usaha-usaha Due di dalam menggagalkan hubungan Lin dan lelaki lain, penonton juga akan dibawa melihat sendiri perkembangan watak Due yang berada di dalam dilema apabila merasakan dirinya seperti menyukai Lin. Tetapi, perkara ini adalah tidak mungkin terjadi kerana mereka berdua adalah saudara. Jadi, apabila fiem ini cuba memanipulasikan permainan plot pada bahagian klimaks kisahnya maka kami melihat ianya adalah satu yang menarik dan ia juga turut menimbulkan kelemahan buat filem ini. Menariknya kerana bagaimana perubahan plot yang diwujudkan berjaya mewujudkan atmosfera yang berlainan buat kedua-dua watak utama filem ini iaitu Due dan Lin tetapi sayangnya kelemahan ketara dapat dilihat pada bahagian akhir apabila perkembangan kisah dua watak ini berlangsung dengan cara tergesa-gesa dan kurang meyakinkan.